Wednesday 9 January 2013

09.JANUARY. 2013

Assalamualaikum..



Tersangatlah lama ditinggalkan blog ini tanpa sebarang entri. Jangankan entri, nak bukak blog nie pun tersangatlah jarang. kalau ikutkan bizi jugak la tapi takda la sampai tak pernah bukak internet, kekadang online je tapi aku lupa yang aku ada blog..huhu. lagipun sudah begitu lama tak outing tangkap gambar. Harap kamera aku tidak disarang anai-anai dan harap aku masih ingat fungsi button yang ada pada DSLR. Ini bukan bermakna minat aku terhadap fotografi sudah mandul, cuma masa dan keadaan aku tak sealiran dengan kamera buat masa nie.. amboi!. (mohon pahamkan ayatnya :p ). Insya Allah ada masa nanti aku rajin-rajinkan publish sepam dua gambar. Cam bagus jee..

ok. kali nie aku bukan nak bercerita pasal gambar atau hukum-hakam, undang-undang, prinsip, kaedah, metodologi, intipati, janji ditepati atau apa jadah semua yang berkenaan dengan fotografi, sumpah aku tak nak sentuh . Ini kerana hari ini adalah 09 JANUARY yang mana hari yang perlu aku ingati, dan harus aku menulisnya dalam nie. pergh cam ayat bodek bini..keh3... 

Entri yang aku post pada hari ini khas untuk 'dia' kerana 09 JANUARY adalah ulangtahun kelahirannya.  Jadi disini aku nak wish la sikit. Mungkin terasa  agak jiwang disitu, but i don't care coz she is my wife.. keh3

Selamat Hari Lahir yang ke-27 buat Isteri Tersayang ,Semoga panjang umur,murah rezeki dan terus menjadi isteri yang solehah..


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v




Aku mungkin tidak ada hadiah yang terindah buatmu, tapi ketahuilah bahawa kamu adalah hadiah yang terindah buatku ^_^...


2 comments:

Unknown said...

pic header tu mcm kenal je.. hehe

nasir said...

kat laluan g train bank negara..keh3