Thursday 18 April 2013

Gaya Rambut

Dalam tempoh 27 tahun aku menyedut oksigen, menghembus karbon dioksida,  membuang sisa perkumuhan dan lain-lain rutin, seingat aku cuma ada tiga style rambut yang aku pernah gayakan.

Belah tepi, cacak-cacak, cacak depan

Tiga gaya rambut ini tidak stylo mana dan tidak la pula gampang sangat cuma sedap-sedap untuk dilihat.
Pada perkiraan aku, aku mula perasaan perihal penggayaan rambut  ni pada 20 tahun yang lepas. Masa tu aku cuma kenal  gaya belah tepi namun masih tak reti nak gayakan. Tapi takpa mak ada, mak aku la yang memperkenalkan dan sikatkan rambut aku dengan gaya belah tepi. Gaya belah tepi mak jadikan rutin aku bila umur dah cukup untuk pegi ke sekolah. 

Di sekolah, jelas aku bukan berseorangan. semasa didalam kelas, didalam kantin, ditengah perhimpunan, di atas padang,hatta didalam bilik SPBT sekali pun aku perhatikan budak lelaki semua pakat rambut belah tepi dengan  rapi. Mesti sama kes dengan aku, mak yang sikatkan. Aku syak mak-mak yang ada anak lelaki tahun anak 90-an dulu wajib sikat belah tepi kat anak diorang termasuk mak aku. So siapa-siapa yang cakap seumur hidup dia tak pernah sikat rambut  gaya belah tepi meh jumpa aku, aku nak bagi satu tendangan tanpa bayang kat dada dia.


Di alam sekolah menengah, naluri brader-brader mula mengalir didalam tubuh. Aku mula bijak menilai diri untuk bergaya. Kalau dulu pergi sekolah kadang-kadang lupa nak mandi, baju sekolah tak iron, kapurkan kasut tanpa mencuci terlebih dahulu, pakai seluar tanpa tali pinggang. Tapi naluri brader-brader dah merubah segalanya. Prinsip-prinsip seperti mandi sebelum ke sekolah adalah perlu, ugut kakak  supaya dia rajin ironkan baju sekolah aku, wajib membasuh kasut sebelum dikapurkan dan pemakaian tali pinggang untuk kekemasan diri telah berjaya aku terapkan di dalam diri. Pendek kata ketika itu, etika pemakaian dan kekemasan diri aku melonjak di tahap yang tertinggi. Tidak lupa benda yang teramat penting adalah gaya rambut. 

Melihat arus perubahan gaya rambut pada kawan-kawan dan lawan-lawan yang begitu pelbagai, untuk tidak ketinggalan aku terus mencongak beberapa style rambut yang ada digayakan di pasaran sekolah. Setelah membuat timbang-tara daripada pelbagai sudut, aku tersenyum puas sambil melihat cermin memerhatikan rambut separa tercacak. 

Memandangkan keadaan rambut aku yang agak pendek, dan perlu berselindung daripada cikgu disiplin yang bengis maka cacakan rambut hanya perlu diseparakan sahaja. Kalau sebelum ni aku ugut kakak aku je untuk iron baju, tapi selepas gaya rambut aku yang meyakinkan ni, aku dah mula pow duit kat mak, tapi mak  steady je bagi, sangat memahami naluri brader-brader aku yang sedang meningkat naik pada masa tu. Iyela, kalau tak pow mana lagi nak dapat dana nak beli gel rambut code10 untuk meneruskan kecacakan tersebut. Maka pada masa itulah bermulanya era gaya rambut pascamoden aku.

Semasa di sekolah ada satu gaya rambut yang aku perhatikan terasa gampang dan aku sangat tidak sedap hati mengenainya. Rambut sikat belah tengah. Gaya rambut camni susah nak diterima oleh naluri brader-brader aku. Pada mulanya takdalah ramai sangat yang guna gaya belah tengah tapi selepas wujudnya new boyz dan boboi yang tidak diketahui asal-usulnya masa itu, ya tuhan bukan main ramai lagi budak sekolah yang ikut gaya belah tengah ni.sampai sekarang aku masih dendam dengan dua group ni. Masa tulis ni pun terasa lagi dendam kat diorang.

amboi!

Mana-mana kawasan sekolah aku lepak ada je jumpa gaya belah tengah, nak cerita tahap stress aku pada masa tu, sampai ada juga aku terniat nak hantar surat rasmi yang bertajuk “masalah rambut gaya belah tengah” kepada cikgu disiplin agar dia membawa perkara ni untuk dibahas dan diperhalusi dalam mesyuarat PIBG kelak  seterusnya dibawa ke PPD dan diusulkan kepada kementerian pelajaran agar dirangka satu rang undang-undang sekolah supaya mana-mana pelajar yang buat rambut belah tengah dikenakan tindakan disiplin dan digantung sekolah sehingga pelajar tersebut merubah gaya rambutnya. Tapi sayangnya niat murni aku terbatal serta-merta apabila cikgu BM selamba menyatakan secara terbuka bahawa aku perlu menghadiri klinik kelas untuk penulisan yang mana ketika itu P&P sedang berjalan. Mana nak sorok maruah dengan classmate aku .. Chaitt!!


Semasa di U pula, sudah ada cahaya kematangan pada diri aku. Naluri brader-brader sudah kurang serasi pada diri yang yang sudah mula kenal erti makwe, kedai mamak, midvelly dan chiken chop. Masa ni bajet dah kenal dunia dan matlamat hidup. So aku bergaya runcit-runcit je. Seingat aku, aku buat gaya cacak-cacak dan cacak depan je sikit. Tapi walaupun sikit, mengikut perkiraan aku sumbangan gaya rambut yang menjadi pemangkin keberjayaan mengorat awek-awek U setelah di bundarkan kepada peratusan terdekat adalah dalam 25% juga. Giler jugala besar sumbangan gaya rambut aku ni. 

Aku dah rasa lain macam je gaya tulisan ni, sebelum aku pergi jauh dengan kesesatan baik aku berhenti. Satu je pesan aku pada kawan-kawan lelaki, please jangan buat gaya belah tengah! :D


No comments: