Wednesday, 7 October 2015

Bulan ke -7 GST korang dapat apa?

Nak masuk bulan ke-7 dah GST kat malaysia. korang sedar tak ni. GST akan buat barang turun harga. tapi tu sembang menteri-menteri la. hakikatnya TAHI!!!!. 

aku ada blog lagi woi

pagi-pagi masa aku sedap kunyah roti canai tetiba teringat pulak kat blog ni. aku pun telan laju-laju roti canai terlebih majerin, tangkap teh tarik ke mulut dengan 1 tegukan dan terus jerit, " kak kira!".

sampai je library aku on laptop, connect wifi terus buka blog ni. mujur password aku pass, berpeluh juga aku nak ingatnya. aku perhatikan takde perubahan pun dekat blogspot ni lagi. still sama macam dulu, macam kena anak tirikan Google je. tapi bagus jugak la, takde la aku terkial-kial nak post benda.

post ni saja untuk ambil mood balik. harap-harap semangat dan roh aku bersatu meniup keazaman agar blog lens cabuk aku sentiasa terupdate. sama-samalah kita doakan. kalau masih lagi tak update-update tu maknanya doa korang tak termakbul la. teruk korang.. kah kah kah

okla, aku nak masik class dulu. dah-dah gi doakan cepat, yang belum dhuha tu sempat lagi.. salam!



Saturday, 24 January 2015

peduli apa aku

aku mana ada modal nak taip sekarang ni, tapi peduli apa aku. kalau ada modal power pun up senyap-senyap dalam hati, kau apa tau. up status kat fesbuk telampau mainstream. aku mana suka dunia mainstream ni. jadi dengan rasa tenang, aku ingat nak bergiat mesra semula dalam dunia blog. sebab blog dah tak mainstream macam dulu. simple!. 

aku lapar ni, nanti ada apa-apa masalah dunia, masalah pukal, masalah runcit, semua aku hurai satu persatu beserta hidangan fakta tepat dan jitu tanpa kesangsian.

kau tunggu!