Wednesday 3 October 2012

This is PAROI!!!!

Malam semalam berlangsungnya perlawanan sukan rakyat marhaen antara Negeri sembilan vs ATM dalam perebutan tempat separuh akhir Piala Malaysia. ATM mempunyai kelebihan kerana memenangi perlawanan sebelumnya dengan berbekal 3 gol berbalas 2.

Aku yang bersifat neutral tanpa menyokong mana-mana team tidak ketinggalan menjebakkan diri ke stadium Paroi. Harapan rakyat Negeri Sembilan melihat team kebanggaan mereka menelan ATM hidup-hidup bagaikan di ratah-ratah, dirobek-robek, dihiris-hiris, digilis-gilis, dipilis-pilis.. eh ada ke?. ah lantak, tapi macam tu la aku nak gambarkan betapa luruhnya harapan rakyat Negeri Sembilan. 

Kalau macam tu la ekau main jang, memang tak boleh poie laa...(ntah betul ke tak) ekeke. Cukuplah main kat suku akhir . Bagi je team abang-abang kalahkan  Lions XII nanti. haha

Hakikatnya aku riang jugak la Negeri Sembilan kena kitai dengan ATM, sedap sikit nak membahan member-member. Apa-apa pun jangan pukul aku, biasalah team bola sepak kat Malaysia mana ada yang konsisten tiap musim.






Hepi diorang nie mula-mula lain macam lepas dapat 1 gol, tapi lepas tu..

v
v
v
v





lebur!, lebur!!



1 comment:

maria ozawa said...

hahaha..den paling siko gambar last tu..nampok bona sodeh nyo...