Tuesday 2 October 2012

Permulaan yang baik

Di awal pagi aku sudah mempersiapkan diri  memakai baju berkolar, berseluar slek. Untuk kelihatan kemas dan tampan aku mencalit sejari gel lalu mencapai sikat oren bergigi jarang. Menyisir rambut tanpa melihat cermin dengan penuh keyakinan.

Di atas meja study aku susun buku mengikut ketogeri, buku pinjaman perpustakaan, buku beli dan fotokopi untuk memudahkan aku membuat rujukan. Di hadapan meja study pula ada tingkap yang sudah aku buka kira-kira 90 darjah kangkangannya agar mendapat pengudaraan yang baik di sekitar bilik.



-Gambar hiasan-

Duduk di kerusi berhadapan tingkap ternganga dengan segelas kopi di kanan meja sememangnya memberikan keselesaan yang padu untuk memulakan perjuangan taipan kritis bab ke bab.

Tanpa berlengah aku on kan laptop. 1 minit selepas on, di penjuru kanan screen aku terbaca you are connected to UKM-jaring. lantas aku double-clik  kat icon fire-fox dan log in fesbuk, membaca satu-persatu status dan komen dengan menyescrollkan  pelahan-lahan mouse ke bawah. makan beberapa jam jugak kalau dilayan.

bila nak start buat kerja kalau macam ni..



 Dugaan!!, dugaan!!

aku percaya ini permulaan yang baik :p




No comments: