Thursday 10 May 2012

novel NGERI

nampak ngeri sket gak la cover ni


mereview novel bukanlah tabiat  semulajadi or bakat terpendam aku . Ini pun 1st novel yang aku ulas, tak layak pun untuk  dipanggil review walaupun aku mungkin pembaca tegar beberapa jenis buku dan novel. Tapi, ini hanyalah sekadar ulasan dan pendapat peribadi selepas aku mengkhatamkannya dengan sekali pecutan yang jarang  ku lakukan, kebiasaanya marathon pembacaan aku akan berlanjutan hingga 2, 3 hari. 

Selera  mereview meluap bila aku baca 'mereka-mereka' yang mereview dengan ayat  jampi lagi beracun. kebiasaannya 50% kehendak untuk aku membeli adalah selepas membaca review  yang daripada pembaca lain.


Tajuk      : NGERI
Penulis    : Gina Yap Lai Yoong
Terbitan  : FIXI
Harga     : RM 16.00


NGERI menghidangkan 231 ketebalan pada muka suratnya untuk dihadam. Satu thriller-seram berbahasa melayu yang ditulis oleh Gina Yap Lai Yoong. Ya chinese!, nama dia aku sudah paku kat atas tu. Dengan penulisannya genius sudah cukup memaksa aku menyelak page demi page dalam separuh sedar tanpa bersandar.


Ceritanya didukung dengan 3 karektor iaitu Samuel, Joanne dan Rehan sebagai pelajar di Universiti  filem Mashyur. Mereka bertiga sekumpulan dalam menyiapkan tugasan membuat filem pendek yang diberikan oleh Prof. Bazri Bakar  dibantu oleh Leonard Wong.

Plot cerita bermula apabila tugasan  kumpulan yang diketuai Samuel ditolak oleh Prof. Bazri kerana kurang realistik pada pandangan beliau. Samuel yang bengang dengan tindakan pensyarahnya lalu merangka satu skrip baru yang lebih extreme iaitu pembunuh ais beku. Tetapi  skrip kali kedua yang dibuat oleh samuel masih ditolak kerana masih tidak realistik pada pendapat Prof. Bazri. Namun yang mengejutkan, kejadian benar-benar berlaku sama seperti yang ditulis dalam skrip pembunuh ais beku. Ini membuatkan Joanne dan Rehan mula syak Samuel adalah dalang di sebalik kejadian tersebut. Berdasarkan kejadian itu juga bermaksud skrip Samuel realistik dan dia sangat gembira kerana teorinya adalah logik terbukti belaku dalam dunia yang nyata.


Ianya berlanjutan dengan skrip pencinta pinocchio dan Harta Karun Mayat yang menceritakan pembuhuhan kejam ditulis oleh Samuel dengan keghairahan itu benar-benar terjadi didunia realiti lagi. ini sudah gila dan menimbulkan tanda tanya pada pembaca apakah Samuel terlibat dalam pembunuhan kejam yang benar-benar terzahir daripada skrip ciptaannya untuk membuktikan skripnya realistik atau pun hanya satu kebetulan, dan jika ianya dirancang, siapa pula individu  yang terlibat dalam pembunuhan tersebut?!! hal ini yang menekan aku untuk terus meneliti perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, page demi page, sedar-sedar je dah last page. Ending twist, mungkin sesiapa tak aspek apa jadi. ceh!.

Bagi aku, kelemahan NGERI masih ada, setiap watak tidak dinaratif dengan detail dan perkaitan konflik masih longgar. tapi NGERI masih mampu memberikan pengalaman yang ngeri kepada yang membacanya. (ini pendapat aku la).

NGERI adalah satu novel thriller yang genius dari segi penceritaannya dan dari segi logiknya. Anda dapat menggambarkan situasi yang berlaku benar-benar berlaku. Pelik bukan?

Sebab itulah aku sudah jatuh cinta dengan novel terbitan FIXI.





Ada dua novel lagi yang aku nak canang. dah khatam pun. Kasino & Bisik. nantikan!


2 comments:

Gina said...

Memang tulis untuk thriller beginner reader camtu... banyak orang sangat baca cerita cinta romantis, ni kira tribute aku untuk mengubah pandangan pembaca, jadi sengaja tak heavy sangat thriller description tu... biar pembaca baru boleh mula berjinak-jinak ngan genre ni.. thank you for your support ye!

nasir said...

hehe, xsangka writer novel ni bg komen, tq..^_^