Monday, 10 October 2011

Metering : Apa itu Matrix, Spot dan Center Weighted?

Jika anda mempunya DSLR, apakah anda paham dan tahu menggunakan metering yang sesuai pada DSLR anda?... aku tanya macam dah terer je kan...hahahaha, Asasnya ada terdapat 3 metering dalam DSLR.. iaitu Matrix, Spot dan Center Weighted... nie berdasarkan nikon aku la, tak tau pulak kalau brand lain..hehe, ok la aku terang sikit pasal 3 benda dalam metering ni...



Ehsan pakcik google



Matrix, menyukat keseluruhan dedahan cahaya sehingga 100% yang membahagikan kepada beberapa bahagian petak di dalam frame. Bahagian yang terbahagi bergantung atas satu-satu model kamera Nikon, ada 8, 10, 12 dan pelbagai.. Sistem Matrix sangat sesuai untuk kebanyak keadaan tetapi ada kalanya metering Matrix ni tertipu ...
Center-Weighted digunakan semenjak 1952 dan diguna pakai sehingga kini.... membaca sukatan cahaya dalam lingkungan 70% dlm frame. Amat sesuai untuk landscaping cuma harus "master" kan dulu untuk menggunakannya..
Spot hanya membaca 2-4% cahaya di dalam frame. Ditugaskan untuk mengenali cahaya-cahaya yang sukar seperti back lighting, terlalu gelap, terlalu cerah dan bermacam. Contoh, seperti jua hendak memokus objek " kucing putih dalam timbunan kain putih " atau " kucing hitam dalam timbunan warna hitam ".
*** Canon ada 4 metering mode sprt Avaluative, center-weighted, Partial dan Spot. "Partial" membaca cahaya sehingga 12 %. Tapi jgn lupa pada Minolta sbb dia ada "Honeycomb"



No comments: