Hari yang baik, pagi yang baik.. semoga segalanya baik-baik belaka..
selamat berjumaat. ^_^
Friday, 5 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
This is PAROI!!!!
Malam semalam berlangsungnya perlawanan sukan rakyat marhaen antara Negeri sembilan vs ATM dalam perebutan tempat separuh akhir Piala Malaysia. ATM mempunyai kelebihan kerana memenangi perlawanan sebelumnya dengan berbekal 3 gol berbalas 2.
Aku yang bersifat neutral tanpa menyokong mana-mana team tidak ketinggalan menjebakkan diri ke stadium Paroi. Harapan rakyat Negeri Sembilan melihat team kebanggaan mereka menelan ATM hidup-hidup bagaikan di ratah-ratah, dirobek-robek, dihiris-hiris, digilis-gilis, dipilis-pilis.. eh ada ke?. ah lantak, tapi macam tu la aku nak gambarkan betapa luruhnya harapan rakyat Negeri Sembilan.
Kalau macam tu la ekau main jang, memang tak boleh poie laa...(ntah betul ke tak) ekeke. Cukuplah main kat suku akhir . Bagi je team abang-abang kalahkan Lions XII nanti. haha
Hakikatnya aku riang jugak la Negeri Sembilan kena kitai dengan ATM, sedap sikit nak membahan member-member. Apa-apa pun jangan pukul aku, biasalah team bola sepak kat Malaysia mana ada yang konsisten tiap musim.
Hepi diorang nie mula-mula lain macam lepas dapat 1 gol, tapi lepas tu..
v
v
v
v
lebur!, lebur!!
Tuesday, 2 October 2012
Permulaan yang baik
Di awal pagi aku sudah mempersiapkan diri memakai baju berkolar, berseluar slek. Untuk kelihatan kemas dan tampan aku mencalit sejari gel lalu mencapai sikat oren bergigi jarang. Menyisir rambut tanpa melihat cermin dengan penuh keyakinan.
Di atas meja study aku susun buku mengikut ketogeri, buku pinjaman perpustakaan, buku beli dan fotokopi untuk memudahkan aku membuat rujukan. Di hadapan meja study pula ada tingkap yang sudah aku buka kira-kira 90 darjah kangkangannya agar mendapat pengudaraan yang baik di sekitar bilik.
Duduk di kerusi berhadapan tingkap ternganga dengan segelas kopi di kanan meja sememangnya memberikan keselesaan yang padu untuk memulakan perjuangan taipan kritis bab ke bab.
Tanpa berlengah aku on kan laptop. 1 minit selepas on, di penjuru kanan screen aku terbaca you are connected to UKM-jaring. lantas aku double-clik kat icon fire-fox dan log in fesbuk, membaca satu-persatu status dan komen dengan menyescrollkan pelahan-lahan mouse ke bawah. makan beberapa jam jugak kalau dilayan.
bila nak start buat kerja kalau macam ni..
Dugaan!!, dugaan!!
aku percaya ini permulaan yang baik :p

-Gambar hiasan-

Subscribe to:
Posts (Atom)