Monday 5 December 2011

Tips Menangkap Potret Berkumpulan

Assalam


Menangkap potret berkumpulan suatu yang biasa, baik semasa hari raya , keluar berjalan-jalan, dating bekumpulan, berprogram dan tak kisahlah apa-apa saja yang melibatkan kumpulan, hatta persidangan politik sekali pun....  apa yang penting setiap wajah dalam potret tersebut mestilah jelas, ceria dan harmoni.. ikut keadaan jugalah kan. Dengan menggunakan teknik yang betul insyaAllah semua itu akan ada dalam potret berkumpulan yang kita ambil..

Perkara yang penting adalah dengan menggunakan Aperture yang kecil ( no f besar). Aperture mempengaruhi Depth of field (DOF) iaitu luas ketajaman fokus gambar. semakin besar bukaan aperture ( no f kecil cth f2.8) semakin bokehlah backgroud sesuatu gambar yang ditangkap. Aku galakkan menggunakan F8 keatas untuk mendapatkan gambar yang sharp. Jangan lupa gunakanlah Flash atau Speed Light di tempat yang agak gelap.

Untuk mendapatkan gambar yang ceria pula, photographer perlu bijak membuat suasana ceria,  contohnya dengan membuat beberapa jenaka yang patut, yang tak patut please jangan nanti sempat kena lempang dulu..ehehe

Cakaplah apa yang patut, kena pada situasi dan tempat seperti:-
  1. ok ready semua jangan ada yang terkentut pulak
  2. Semua sebut EEEEEEEEEEEEEEE (biar semua nampak senyum lebar dalam gambar tu)
  3. Korang fikirlah sendiri..ahaha
Mungkin itu sahaja kot... kalau aku terlupa nasiblah :p










p/s : gambar agak nampak blur sedikit sebab convert bagi kecil

5 comments:

Pixs said...

^^v

nasir said...

peace yo!

YuYun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

cantik seh!!

honam said...

nk tnya skit..pasal ape gmbr atas skali tu, lelakinya sorg je? laki lain xleh join ke?

nasir said...

sbb llaki tu mase ari 2 darah manis ye, llaki len xde pluang nk join.. tp skg dh tak..