Wednesday, 7 October 2015

aku ada blog lagi woi

pagi-pagi masa aku sedap kunyah roti canai tetiba teringat pulak kat blog ni. aku pun telan laju-laju roti canai terlebih majerin, tangkap teh tarik ke mulut dengan 1 tegukan dan terus jerit, " kak kira!".

sampai je library aku on laptop, connect wifi terus buka blog ni. mujur password aku pass, berpeluh juga aku nak ingatnya. aku perhatikan takde perubahan pun dekat blogspot ni lagi. still sama macam dulu, macam kena anak tirikan Google je. tapi bagus jugak la, takde la aku terkial-kial nak post benda.

post ni saja untuk ambil mood balik. harap-harap semangat dan roh aku bersatu meniup keazaman agar blog lens cabuk aku sentiasa terupdate. sama-samalah kita doakan. kalau masih lagi tak update-update tu maknanya doa korang tak termakbul la. teruk korang.. kah kah kah

okla, aku nak masik class dulu. dah-dah gi doakan cepat, yang belum dhuha tu sempat lagi.. salam!



No comments: