Tuesday, 15 January 2013

Gaya yang biasa

Aku perhatikan je dari semalam bawa ke hari ni, pasal " listen listen" penuh kat wall fesbuk. Di forum-forum maya juga menampakkan cerita yang sama. berdasarkan komen-komen yang aku stalker, macam-macam respon orang bagi.

Dari yang yang muda hingga ke tua turut serta memberi makian, carutan, ugutan. Namun tahniah pada yang respon dengan teguran, pendapat,nasihat dan pandangan. Kelihatan kesedaran mereka semua amatlah tinggi!.

 Namun ledakan isu ini mungkin saja boleh bertahan selama 1, 2 minggu. Selepas tu keadaan akan pulih sediakala.  Semua kembali  lepak bershisa di kedai mapley  dan pegi mekdi dengan tenang. Samalah perihalnya seperti isu boikot..hoho

No comments: